Malta Daily Monitor
SEE OTHER BRANDS

Get your fresh news on business and economy in Malta

Bitget Menamatkan Bulan Anti-Penipuan dengan Lebih 65% Peserta Berjaya Mengenal Pasti Taktik Penipuan Kripto

VICTORIA, Seychelles, July 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia, telah berjaya menamatkan Bulan Anti-Penipuan 2025, satu inisiatif global yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta ketahanan pengguna terhadap penipuan Web3. Sepanjang bulan Jun, Bitget telah melancarkan pelbagai alat pendidikan berbentuk permainan, kerjasama dengan pakar dan penyelidikan industri untuk menangani ancaman penipuan berasaskan AI dan pelanggaran keselamatan yang semakin meningkat dalam ekosistem kripto.

Inti utama kempen ini ialah Cabaran Smarter Eyes, sebuah permainan mini interaktif berasaskan komik yang mensimulasikan situasi penipuan sebenar—daripada serangan phishing dan kejuruteraan sosial hinggalah kelulusan token palsu. Walaupun hanya 8.60% peserta berjaya mengesan semua perangkap pada cubaan pertama, sebanyak 65.41% akhirnya lulus ketiga-tiga tahap selepas menerima petunjuk keselamatan berpandu—sekali gus menunjukkan jurang kesedaran yang besar serta impak nyata kempen ini.

Bitget telah menerbitkan enam entri blog mendalam yang membincangkan vektor serangan biasa seperti pemalsuan SMS, aplikasi palsu dan token berisiko tinggi. Lebih 80% pengguna memperoleh markah penuh dalam kuiz keselamatan susulan—menunjukkan peningkatan ketara dalam keupayaan mengesan penipuan hasil daripada kandungan pendidikan kempen tersebut.

Satu lagi pencapaian utama ialah penerbitan Laporan Penyelidikan Anti-Penipuan 2025 oleh Bitget, yang ditulis bersama pakar keselamatan blockchain terkemuka, iaitu SlowMist dan Elliptic. Laporan tersebut mendedahkan bahawa kerugian akibat penipuan kripto di peringkat global melebihi $4.6 bilion pada tahun 2024, dengan deepfake dan kejuruteraan sosial menjadi punca utama serangan bernilai tinggi. Penemuan ini menyerlahkan tahap kecanggihan penipuan berasaskan AI yang semakin meningkat, termasuk video tokoh awam palsu, tawaran kerja yang diselitkan perisian Trojan dan panggilan Zoom palsu yang digunakan untuk memperdaya mangsa.

Sepanjang bulan tersebut, Bitget telah menghimpunkan suara-suara utama dalam keselamatan Web3—termasuk Hacken, GoPlus, BlockSec dan Security Alliance—dalam satu sesi perbincangan Anti-Scam X Space. Para pakar berkongsi pandangan mengenai ancaman pada masa hadapan, peranan kerjasama yang semakin berkembang serta bagaimana pengguna, platform dan firma audit boleh bekerjasama untuk membina persekitaran aset digital yang lebih selamat.

“Bulan Anti-Penipuan mencerminkan kepercayaan kami bahawa pendidikan merupakan barisan pertahanan pertama dalam keselamatan kripto,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Dengan menjadikan pengguna pasif sebagai pembela aktif, kami sedang membina asas untuk ekosistem yang lebih berdaya tahan. Dan ini hanyalah permulaan—Pusat Anti-Penipuan akan kekal dibuka sepanjang tahun sebagai sumber tetap untuk komuniti global kami.”

Menyokong sentimen tersebut, Yevheniia Broshevan, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan di Hacken, berkata, “Bulan Anti-Penipuan oleh Bitget ialah inisiatif yang hebat dan contoh yang berkuasa untuk industri ini, yang menunjukkan bagaimana syarikat boleh meningkatkan kesedaran, mendidik pengguna, dan mengurangkan risiko penggodaman pada masa hadapan. Pendidikan sememangnya bahagian penting dalam perjalanan ini.”

Yajin (Andy) Zhou, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif BlockSec, menambah, “Penggodam mengkaji tabiat pengguna, seperti menyalin alamat daripada sejarah transaksi. Usaha keselamatan perlu memberi tumpuan kepada pertahanan proaktif dan bukannya menyalahkan pengguna. Keselamatan bukan medan perang bersendirian. Platform blockchain, alat pematuhan dan firma keselamatan mesti berkongsi risikan ancaman untuk membina sistem pertahanan yang bersatu.”

Michael Lewellen, Ahli Majlis Teknikal di Security Alliance, menekankan, “Keselamatan bukanlah tentang menjadi mustahil untuk digodam atau ditipu. Ia tentang menjadi cukup sukar sehingga pelaku ancaman merasakan tidak berbaloi untuk mencuba. Kita perlu memperkukuh infrastruktur Web3 agar ekosistem ini tidak lagi menjadi sasaran yang mudah dan menguntungkan.”

Bitget Anti-Scam Hub, yang kini dibuka secara kekal, menawarkan pengguna akses berterusan kepada panduan keselamatan praktikal, penunjuk penipuan masa nyata, saluranan pengesahan rasmi serta kit keselamatan kripto lengkap dengan sokongan global 24/7.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Bitget Anti-Scam Hub di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal. Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila : hubungimedia@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a8d159ce-8a24-4435-a26b-bbe8c16cee3d


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service